Hari ini saya akan menunjukkan cara untuk membuat capan dengan menggunakan putik kapas. Ianya sangat mudah dan cepat dihasilkan. Anda boleh mengajar anak-anak prasekolah untuk menghasilkannya selepas ini....
Bahan-bahan yang diperlukan:
kertas lukisan
pensel warna
putik kapas
warna air (warna mengikut pilihan masing-masing)
Langkah-langkah:
1. Lakarkan gambar bunga pada kertas lukisan dengan menggunakan pensel warna serta sediakan warna air.
2. Ambil putik kapas dan celupkan pada warna air yang telah disediakan.
3. Capkan putik kapas tersebut pada lakaran gambar sehingga selesai.
Saya Ameeta Mat Hamir, dilahirkan pada 5 September 1967 di Hospital Kuala Lumpur. Mendapat pendidikan awal di SMA Sabak Bernam dan melanjutkan pelajaran ke ITM cawangan Perak dan Institut Bahasa Kuala Lumpur. Berpengalaman mengajar selama 22 tahun. Pernah mengajar di SK 2 Selayang Baru, SRK Port Dickson, SK Gombak Setia, SK Bukit Beruntung dan kini di SK Sungai Buloh. Berpengalaman mengajar di aliran perdana dan kini sebagai guru prasekolah pendidikan khas SK Sungai Buloh, Selangor.
Kegemaran:
menanam pokok
membaca novel
memelihara kucing
..... dan arts (: